Minggu, 18 Juli 2010

Aku dan Palestin...

"Diam ye sayang jangan menangis"..."ya RABB tangisan anakku ini merobek-robek jiwa hamba".Hatiku terus bermonolog. Semua anak-anak, ibu-ibu dan para pejuang muda mahupun tua menanti-nanti kapal 'Hope' yang dilaporkan akan tiba tidak lama lagi.Tangisan bayi tidak henti-henti menandakan mereka haus, lapar dan tidak selesa.Ibu-ibu seakan sudah kering air mata berkongsi perit anak-anak yang pagi,petang,siang dan malam merenget kelaparan.
Dari jauh kulihat Muhammad berlari."alhamdulillah Muhammad dah pulang".Aku berbicara sendiri."Mama, Muhammad tak dapat jumpa Baba". Muhammad bertutur lancar.Wajahnya seakan tidak pasrah dengan apa yang berlaku. "Kenapa Muhammad?" Aku bertanya penuh kehairanan."Pihak penjara telah membuat qarar baru,ahli keluarga tidak boleh bertemu melainkan dua bulan sekali,ini kuih yang mama buat untuk baba".Tangisan bayi comelku menambahkan sedih di hati ini. Oh suamiku yang tercinta, apa perkhabaranmu di sana, sakitkah dirimu dengan siksaan mereka,adakah hari ini kau telah menjamah makanan,cintaku...moga Allah bersamamu.
"Assalamualaikum semua, kapal 'Hope' sekarang diganggu perjalanannya oleh kapal-kapal Israel.Harap semua dapat bersabar dan berdoa".Seorang pemuda memberitahu kepada kami para ibu yang berkumpul di dewan sekolah. Kami sudah serik dengan penantian sebegini.Hanya doa dan harapan dipanjat padaNYA RABBUL JALIL.
"Mama Fatimah lapar, lapar...sangat-sangat".Fatimah berbisik,wajahnya pucat."Sabar ye sayang,sekejap lagi makanan sampai,doa ye".Fatimah mengangguk perlahan.Kasihan anak kecil ini ya Allah...
Tiba-tiba kedengaran suara ramai di hujung dewan.Aku turut berlari ke sana. "ya Allah,selamatkan anakku..". Syaima' berbicara sambil air matanya mengalir deras. Tubuh bayinya yang longlai dipeluk erat.Bayi itu pucat kerana kelaparan.Ramai yang membantu dengan pelbagai cara. Bayinya masih bernyawa tetapi sudah terlalu lemah kerana tiada makanan.
Ini adalah secebis kisah yang sengaja saya lakari untuk terus menghayati perasaan ibu-ibu di Palestin kala ini. Semoga muatan barangan bantuan dalam kapal 'Hope' sampai ke tangan mereka.Semoga penantian ini berhasil.Penjara yang menempatkan orang-orang Palestin yang ditangkap dibuat qarar baru yang telah melanggari hak-hak kemanusiaan dan telah melanggari persyaratan penjara antarabangsa.
Saya panjatkan doa semoga wanita di Palestin terus kuat dan tabah.Saya tahu bagaimana perasaan seorang ibu tatkala mendengar tangisan anaknya dan saya mengerti peritnya merindui suami di kala berjauhan..Hanya Allah yang Maha Tahu.
Ganjaran pahala yang besar buat kalian ibu-ibu Palestinian...

Jumat, 16 Juli 2010

Palestin..menang atau mati syahid

Palestin mengajar kita erti hidup yang sebenar. Hidup untuk berjuang. Hidup untuk menegakkan kebenaran. Dengan kesempitan waktu untuk menikmati hidup ini mereka lebih terasa kebahagiaan yang sebenar. Bekalan elektrik yang terputus, bekalan makanan yang semakin hari semakin kurang, pakaian yang semakin hari semakin rosak..mereka meneruskan kehidupan seperti biasa supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Bahkan dilaporkan Palestin telah menghasilkan sekitar 15000 penghafal al-quran sepanjang peperangan ini. Anak-anak tidak disibukkan dengan hiburan media bahkan memerhati ayah, ibu dan jiran tetangga sibuk dengan memikirkan perjuangan membebaskan Palestin daripada kekejaman Israel laknatULLAH alaihim.
Di Malaysia, kelalaian masyarakat terhadap kenikmatan dan keselesaan duniawi membawa anak-anak ke lembah kerosakan. Kes buang anak, pergaulan teruna dara yang tiada sempadannya ditambah lagi dengan hidangan hiburan yang mengasyikkan..amat menyedihkan.
Malaysia diserang hebat sebenarnya. Buktinya ramai yang telah mati... mati hatinya...
Jika di Palestin matinya mati syahid tetapi di Malaysia jika mati dalam keadaan diri diserang fikrah dan fahaman jahat mereka....adalah mati yang sia-sia... nauzubILLAHI min zalik.

Sabtu, 03 Juli 2010

Disiplin Ilmu

Ilmu Islam sangat indah sifatnya. Khususnya jika didalami melalui bahasa arab. Bahasa Arab itu sendiri sangat hebat. Apa tidaknya, setiap perkataan bahkan huruf ada makna ilmu disebaliknya. Tanya saja pada pelajar Lughah Arabiah. Ilmu Islam yang diwarisi dari zaman ke zaman iaitu Ilmu turath membuktikan Islam punya disiplin dan ketegasan prinsip. Ilmu itu tidak menjadi sekadar pandangan atau pemikiran ilmuan yang huru hara dan akhirnya lenyap begitu saja. Ilmu basic dalam semua bidang ada tersedia. Terdapat lebih dari tujuh puluh atau sembilan puluh mutun dalam Islam. Persoalannya, dimana kita dan mutun ini.... di mesir, boleh dikatakan setiap maktabah ada dijual mutun yang masyhur. Selaku azhari kita wajar mengenali dan menghafaz mutun setelah menghafaz AlQuran dan hadis2. Di ruaq Atrak masjid AlAzhar, Sheikh Sayyid membaca matan Abi Syuja' untuk umum. Dua kelas sebelum ini telah dibanjiri oleh ramai pencinta ilmu. Semoga kelas seterusnya akan lebih mendapat sambutan.

Jumat, 02 Juli 2010

Sayangku


hari pertama aku melahirkanmu, itu saat paling bahagia, senyum dibibir mama dan baba terukir senantiasa sehingga hari ini, kau permata hati kami, semoga menjadi hamba ALLAH yang sebenar... amin

Rabu, 23 Desember 2009

Persediaan Kelengkapan Bayi yang Bakal Lahir


Di dalam majalah Pa & Ma telah menyatakan senarai kelengkapan bayi yang bakal lahir. Tetapi sayangnya ia tidak boleh dijadikan rujukan kita para bakal ibu yang berada di mesir. Iklim yang berbeza dan mempunyai musim yang berubah-ubah ini menyebabkan kita perlu banyak mengkaji sendiri barang-barang kelengkapan bagi bayi kita nanti. Pada minggu pertama kelahiran bayi di malaysia tidak memerlukan pakaian yang banyak kerana selalunya bayi hanya dipakaikan baju, barut, lampin pakai buang dan kain lampin untuk membedungnya. Dan pada awal-awal kelahiran ini bayi masih belum dibawa bersiar-siar ke luar rumah lalu pakaian seumpama itu sahaja sudah cukup baginya. Tetapi amat berbeza dengan bayi yang bakal lahir pada musim sejuk di mesir ini khasnya. Bayi memerlukan pakaian yang banyak dan berlapis-lapis. Lihaf dan selimut tebal juga amat diperlukan. Jadi, kita mesti bijak menguruskan kewangan. Mulakan dengan menyenaraikan barang-barang. Kategorikan barang-barang itu kepada penting dan tidak penting juga kepada yang perlu didahulukan dan yang boleh dikemudiankan. Jangan kerana terlalu berjimat kita membeli barang-barang yang terlalu murah kerana dikhuatiri ia murah kerana kurang kualitinya. Biarlah mahal sedikit tetapi berkualiti dan boleh diguna dalam tempoh yang lama. Bayi sulung selalunya perlu kepada anggaran kewangan yang besar. Mudah-mudahan barang-barang kelengkapan bayi pertama kita bisa diguna lagi untuk bayi yang kedua dan seterusnya. Katil bayi misalnya, ia mahal tetapi ia bisa dikongsi oleh adik-adiknya nanti insyaALLAH. Sementara punya rezeki belilah barangan kekal yang berkualiti.. Petang semalam saya dan suami membeli barangan buat bakal bayi kami nanti. Sayang...say thank you ALLAH...mama baba beli barang-barang ini semua rezeki dari ALLAH..